Tuesday, February 1, 2011

Malam Pertama?? Nikmat atau Takut??





Apakah persediaan para pengantin untuk menyambut malam pertama bersama kekasih hati? Sudah tentu semuanya telah dirancang sebaik mungkin supaya pertemuan pertama itu benar-benar dirasai kemanisannya. Namun adakah kita semua pernah memikirkan tentang persediaan apa yang telah dibuat untuk malam pertama kita di dalam kubur?

Malam penentuan , bahagia atau sensarannya seorg insan di dunia dan akhirat bergantung pada saat2 dirinya dibaringkan di dalam kubur . Jika pengantin baru berdebar2 menunggu pujaan hati sedia beradu ,menikmati cinta malam pertama, bagaimana pula insan yang ditinggalkan keseorangan menanti malam pertamanya di dalam kubur

Beruntunglah orang yang sudah memahami tanda2 dekatnya kematian , kerana dia boleh mempersiapkan dirinya secepat mungkin untuk kembali mengadap Allah.Tanda kematian itu ialah sakit dan tua. Namun ianya tidak bermakna mereka yang muda terlepas dari cengkaman malaikat maut.

Jangan sesekali lalai , ajal maut pasti datang pada bila2 masa sahaja. Tidak boleh menunggu sehingga anak2 membesar ,bukankah ramai yang mati meninggalkan anak2 yang masih kecil?

Ramai pula yang bermati-matian menyediakan segala keperluan keluarga sehingga boleh terjamin hidup sampai 7 keturunan . Tetapi alangkah malangnya dia pula lupa menyediakan bekal hidupnya sendiri di akhirat kelak.

Renungkanlah

2 comments: