Monday, February 7, 2011

Romantic couple.. Pentingnya deria untuk kepuasan yang terhebat :)

Seks sebenarnya melibatkan lima pancaindera yang dimiliki manusia. dari penglihatan, suara, bau-bauan, sentuhan, dan deria rasa pada lidah anda. Tapi ramai pasangan suami isteri yang tidak memaksimumkan kelima-lima deria ini semasa melakukan hubungan intim ini.

Mungkin atas sebab malas melakukan eksplorasi, tergesa-gesa, malu atau mungkin tidak tahu bahawa deria mereka berperanan dalam menghasilkan seks yang lebih berkualiti. Bagi yang ingin mencuba permainan cinta melibatkan lima pancaindera ini, anda boleh jadikan info di bawah sebagai panduan.

1 – Pandangan
Pastikan anda memiliki suasana yang menyokong acara bercinta. Siapkan kamar untuk menghasilkan suasana menggoda. Lenyapkan dulu baju-baju yang bergantungan dan rapikan katil yang berselerak. Matikan lampu yang terlalu terang dan pasang cahaya yang agak redup misalnya dari lilin-lilin yang diletakkan di seluruh bilik. Sediakan juga pakaian dalam yang menggoda yang mampu memprovok mata si dia. Semasa bercinta tunjukkan pada pasangan seluruh kelebihan dari tubuh anda. Misalnya payudara yang penuh, leher jinjang yang mulus, paha yang seksi dan pinggul yang menggoda. Perhatikan setiap inci tubuh pasangan anda dan biarkan diri anda tergoda kerananya.




2 – Suara
Persiapkan mood untuk bercinta dengan pasangan dengan muzik. Muzik instrumen piano, jazz lembut, bunyi ombak di pantai palung sesuai. Jangan lupakan suara anda sendiri. Ekspresikan perasaan anda kepada pasangan anda. Jangan hanya sekadar meluahkan kata-kata ‘Aku sayang padamu’ tetapi perincikan dengan menerangkan kepadanya apa yang anda sukai dari dirinya luar dan dalam. Rayulah pasangan anda dan ucapkan kalimatkalimat yang membangkitkan ghairahnya. Semasa bercinta pula jangan hanya diam dan menggigit bibir anda. Bersuaralah. Desahan dan erangan akan menambah erotisme semasa seks berlangsung. Sebahagian besar suami menyukai isterinya bersuara semasa hubungan intim kerana ia akan membuat mereka terangsang dan merasa macho kerana mampu memberikan kepuasan. Anda hanya perlu membatasi volume suara agar tidak mengganggu jiran tetangga atau anak di bilik bersebelahan.

3 – Sentuhan
Ada banyak cara sentuhan yang berperanan dalam hubungan seks, dan ia tidak terhad kepada sentuhan hujung jari anda saja. Tekstur dari alas tilam tempat anda berbaring, pakaian hinggalah kulit pasangan mampu mengirimkan signal-signal sensual ke otak anda. Tetapi tentu saja cara paling baik untuk menstimulasi adalah dengan menyentuh bahagian tubuh pasangan terutama sekali di bahagian sensitif. Mengurut pasangan juga boleh dilakukan atau mandi bersama dan sabun tubuh atau rambut satu sama lain dengan perlahan agar bersentuhan dengan kulitnya.

4 – Bau-bauan
Hindari pengambilan makanan yang meninggalkan bau yang kurang sedap di mulut anda, seperti bawang. Sebaliknya, beruslah gigi dan lidah anda atau kumur dengan penyegar mulut. Ia akan membuatkan pasangan lebih bersemangat semasa mengucup bibir anda. Tarik perhatian pasangan dengan bau-bauan harum yang lembut. Lilin aroma terapi boleh menjadi pilihan. Selain itu, buat diri anda cukup harum, agar pasangan suka untuk mendekati anda. Mandi dan cuci rambut dengan produk perawatan tubuh yang wangi, dan sapu tubuh dengan losen tapi pastikan wewangiannya tidak berlebihan hingga pasangan anda pening.

5 – Rasa
Sajikan makanan yang anda anggap mampu membangkitkan ghairah seks. Semasa makan bersamasama, ceritakan khasiat makanan tersebut pada pasangan, misalnya mampu membuat ereksi lebih lama, orgasma lebih hebat, atau organ seks lebih sensitif. Cara ini secara tak langsung akan membuat permainan ranjang di malam itu lebih ‘hot’ dan kepuasan tercapai. Sajikan juga makanan yang manis, tapi tidak terlalu manis, seperti coklat. Makanan ini akan membuat lidah anda lebih sensitif. Tipnya, sajikan makanan dalam kuantiti yang kecil supaya anda dan pasangan tidak terlalu kekenyangan dan kemudian tertidur. Sudahnya acara malam langsung tak menjadi.

Tuesday, February 1, 2011

Malam Pertama?? Nikmat atau Takut??





Apakah persediaan para pengantin untuk menyambut malam pertama bersama kekasih hati? Sudah tentu semuanya telah dirancang sebaik mungkin supaya pertemuan pertama itu benar-benar dirasai kemanisannya. Namun adakah kita semua pernah memikirkan tentang persediaan apa yang telah dibuat untuk malam pertama kita di dalam kubur?

Malam penentuan , bahagia atau sensarannya seorg insan di dunia dan akhirat bergantung pada saat2 dirinya dibaringkan di dalam kubur . Jika pengantin baru berdebar2 menunggu pujaan hati sedia beradu ,menikmati cinta malam pertama, bagaimana pula insan yang ditinggalkan keseorangan menanti malam pertamanya di dalam kubur

Beruntunglah orang yang sudah memahami tanda2 dekatnya kematian , kerana dia boleh mempersiapkan dirinya secepat mungkin untuk kembali mengadap Allah.Tanda kematian itu ialah sakit dan tua. Namun ianya tidak bermakna mereka yang muda terlepas dari cengkaman malaikat maut.

Jangan sesekali lalai , ajal maut pasti datang pada bila2 masa sahaja. Tidak boleh menunggu sehingga anak2 membesar ,bukankah ramai yang mati meninggalkan anak2 yang masih kecil?

Ramai pula yang bermati-matian menyediakan segala keperluan keluarga sehingga boleh terjamin hidup sampai 7 keturunan . Tetapi alangkah malangnya dia pula lupa menyediakan bekal hidupnya sendiri di akhirat kelak.

Renungkanlah